Rabu, 2 September 2009

Surat berhenti kerja seorang operator

Saya seperti nama diatas, ingin memohon berhenti kerja. Saya berharap permohonan ini diluluskan. Berikut adalah sebab- musabab saya ingin berhenti kerja:-

1. Saya kerap dibuli oleh senior.

2. Makanan di kantin tak sedap tapi mahal macam KFC. Tambahan pula kalau makcik senior yg kira.

3. Lagu 5'S tidak masuk dalam carta ERA.

4. Waktu rehat tersangat pendek 15 minit je... Nak beratur pun dah 20 minit!!!

5. KERJA BERDIRIIIIIIIIIII... ... ... . Kasut takde sponge pulak!!!!!

6. Bas kilang tersangat laju... . Tersangat BAHAYA... ..

7. Kalau setakat nak keja kilang, lebih baik tak payah ambil SPM. Indon tak ambil SPM pun boleh keja jugak!!!

8. Pekerja dipaksa O.T. Ingat kita orang ROBOT ke!!! Kalau tak O.T. ugut nak bagi Warning Letter pulakk... ..

9. Pintu kecemasan dihalang. Bila BOMBA audit baru kalut. KESELAMATAN TIDAK DIUTAMAKAN.

10. Scan in/out sikit nak masuk kena beratok sampai GATE HOUSE nak balik kena beratok BULEH TAWAF satu kilang..

11. Pintu keluar masuk 2 shj. Pekerja beribu... . Masuk LATE marah!!! Balik LATE driver BAS pulak marah!!!! sampai rumah mak bapak pulak yang marah KAMI selalu kena MARAHHHHHH...

12. Boss kadang 2 ok, kadang 2 tension sampai tak ingat 2 yang kami ni orang gak

13. Faedah2 lain tak memuaskan. contoh keja bagai nak tecabut kepala lutut profet shereing
HAMPEHHH

14. BANYAK LAGI NAK HABAQ TAPI KUT TAK SANGUP DENGAQ KUT!!!!

Jumaat, 28 Ogos 2009

Diskaun Hukuman

Di sebuah Mahkamah perbicaraan sedang berlangsung terhadap seorang pencuri barang di pasaraya.

"Dengan ini kami memutuskan terdakwa di jatuhkan dengan hukuman penjara 4 bulan.",Hakim akhirnya menjatuhkan hukuman.

"Apakah terdakwa, penuntut umum atau penasihat undang-undang menerima?" kata hakim.

"Saya keberatan tuan hakim." kata seorang lelaki di kerusi belakang. "Seharusnya dia diberi diskaun hukuman."

Lelaki yang bersuara itu adalah pengurus di pasaraya, tempat terdakwa mencuri.

"Kenapa anda pula yang keberatan?"

"Kerana barang yang dia ambil adalah barang yang kami diskaun sehingga 45% tuan hakim."

"??@#$!!&##!!"

Loghat mana lebih munasabah?

Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan
loghat pantai timur?

Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah

Bahasa Melayu standard:
"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."


Loghat Utara (kedah):
"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".

Loghat Pantai Timur (kelate):
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."


KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah!


Khamis, 27 Ogos 2009

gambar lawak

Funny Sports Moments @ today's joke

Melampau ler tu..kuang ajo betul, tak sempat-sempat nak lepaskan hajat.

Funny Sports Moments @ today's joke

Wanita Lawa vs Wanita X Lawa

Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap:: woow, ciri-ciri isteri idaman...
kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi betul...

kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: musti ada krisis dalaman nih.kesian
kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak huduh...

kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu
Lelaki akan cakap: heroin sejati...!
kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu...

kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: ok gak la....
kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!

kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu....
kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:...patut pun kena reject...

kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau perempuan lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: ntah dato' mana bela nih....
kalau perempuan tak lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: musti anak org kaya nih.....

kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: sedar pun diri...

kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: caring sungguh....
kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu....

kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: dont worryi will make u happy forever
kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2...

kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak tu...
kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak????

kalau perempuan lawa main2 miss call
Lelaki akan kata: takpe...
kalau perempuan tak lawa main2 miss call
Lelaki akan cakap: ko ni takde keja lain ke... sibuk ni tau..

kalau perempuan lawa hantar2 email
Lelaki akan kata: sukenya....
kalau perempuan tak lawa hantar2 email
Lelaki akan cakap: balik2 email dia.boring

macam-macam..

Mengapa Suami tidak tegur saya

Bahagian 1.

"Mengapa suami saya tidak berbual-bual dengan saya", satu keluhan biasa. Yang tak biasanya, “mengapa ISTERI saya tidak berbual-bual dengan saya"....
Ini hakikat, orang lelaki tidak merasakan sesuatu yang sangat perlu untuk berbual-bual dengan isteri mereka berbanding orang perempuan terhadap suami mereka.

Seorang isteri berkata, "Kenapa suami saya tidak macam dulu, suka bercakap-cakap, 'loving', 'caring'.... bila dah kahwin, dia berubah, tak banyak cakap. Saya bercakap pun dia tak berapa nak dengar...tapi dia banyak ' modal' bila bersama kawan-kawannya".

Mengapa begitu?...Sebab...suaminya seorang lelaki!. Orang lelaki pandai berbual-bual dan rajin mendengar di masa bujangnya (masa bercinta) atau di masa awal perkahwinan (ini kes yang tidak berpeluang untuk berkenalan apatah lagi bercinta!) kerana banyak sebab.

Tujuan utama mereka ialah untuk mendapatkan 'good impression'. Mereka nak yakinkan bahawa mereka budak baik, berakal, hebat, seronok didamping dan boleh diharap. Mereka berusaha untuk mengenali dan memenangi hati pasangan mereka. Mereka harus tahu bagaimana perasaan, kecenderungan, kesukaan dan apa yang tidak disukai oleh pasangan mereka supaya dapat membuktikan cinta dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi. Untuk itu, jadilah mereka pemuda peramah yang berkemahiran mendengar.

Mengapa lelaki berubah setelah berkahwin?....Sebab...mereka rasa "the 'job' is done!"

Mengapa suami tidak berbual-bual dengan isteri sebagaimana mereka boleh berbual-bual dengan orang lain?...

Ada 2 sebab;
· suami itu lelaki
· isteri itu perempuan

SUAMI ITU LELAKI
· Nilaian lelaki lebih kepada kuasa, kepakaran,keberkesanan dan pencapaian.
· Mereka beri tumpuan kepada benda/objek dan barang demi untuk mencapai
kejayaan dan matlamat yang ingin dicapai. Mereka baca suratkhabar dan jurnal. Mereka dengar berita, sukan dan pasaran saham. Mereka bercakap tentang kereta, komputer, teknologi, matawang, pasaran saham,perniagaan, pemimpin, perang, politik dan perkembangan dunia.


ISTERI ITU PEREMPUAN
· Tumpuan perempuan berkisar pada manusia dan perasaan. Mereka menghargai cinta, pertalian, perhubungan dan keindahan. Mereka baca novel dan buku-buku psiikologi. Mereka suka menonton filem romantik dan menatap majalah hiburan. Mereka bercakap tentang diri, keluarga, perasaan,perhiasan, fesyen dan kecantikan.

Mengapa isteri mahu suami berbual-bual dengannya sebagaimana suaminya boleh berbual-bual satu ketika dulu?..Sebab...isteri itu seorang perempuan!

Orang perempuan suka bercakap dan bercakap-cakap perlu bagi mereka. Mereka seronok bila ada orang melayan percakapan mereka. Bila tertekan,bercakap-cakap boleh melegakan mereka. Mencurahkan masalah pada orang lain dapat menghilangkan kerungsingan. Sebab itu tidak hairanlah orang perempuan boleh 'bersembang' atau 'bergayut' pada telefon berjam-jam lamanya.

Orang perempuan mahukan 'good listener' bukan 'problem solver'. Mereka mahu bersama seseorang, yang pada pendapat mereka sangat mengambil berat 'tentang' dan 'untuk' diri mereka. Fokus mereka lebih kepada kejadian-kejadian sehariannya, orang-orang yang mereka temui dan yang penting -'apa perasaan mereka terhadap orng-orang yang mereka temui itu'.
Mereka nakkan 'verbal attention' yang boleh membuatkan mereka rasa di kasihi. Bagi mereka, selagi 'penumpuan' dan 'perhubungan'ini dijalin, selagi itulah ikatan dan kasih sayang dapat di jamin.

Perkahwinan sebenarnya menyatutemukan hakikat seorang lelaki dengan hakikat seorang perempuan. Perbezaan sikap, minat dan kecenderungan tidak boleh menjadi alasan untuk tidak berkomukasi dengan baik antara suami dan isteri. Perhubungan yang baik menjamin kebahagiaan dan tercapainya matlamat perkahwinan tersebut. Bila komunikasi antara suami dan
isteri tidak berkesan, 'perbualan sihat' tidak wujud.

BAYANGKAN bila...
· suami isteri tidak berbual-bual
· suami atau isteri tidak 'respond' dengan baik bila salah seorang berkata-kata
· suami gagal menjadi pendengar yang baik
· suami tidak memberi peluang kepada isteri untuk mengadu
· suami isteri membiarkan halangan-halangan perbualan berada di antara mereka
· suami 'diam' di rumah tapi 'bising' di luar ada faktor penghalang kepada perbualan yang sihat

maka BERKEMUNGKINAN...
· 'tabung cinta' suami isteri akan 'bocor'
· isteri takut pada suami (takut yang tidak kena pada tempatnya)
· isteri mengadu pada orang lain dalam hal peribadi dan rumahtangganya-mencurah perasaan pada sesiapa yang sudi mendengar
· isteri bosan, kesunyian dan tertekan anak-anak jadi mangsa
· isteri tidak tahu apa yang suaminya 'is up to' dan suami tidak tahu apa yang isterinya
'is trying to do'
· berlaku kemungkinan-kemungkinan yang memberikan kesan buruk pada perhubungan suami isteri dan rumahtangga.

1. Perbualan antara suami dan isteri dapat mengekalkan ikatan perkahwinan.
2. Perbualan dapat memindahkan maklumat tentang apa yang mereka inginkan,
bagaimanakah perasan dan apa yang difikirkan oleh pasangan masing-masing.



' Binalah jambatan menuju hidup mulia, rumahtangga bahagia'

Bihun vs Mee

Bihun sangat cemburukan mee. Walau duduk di rak bersebelahan di supermarket, mereka tak pernah bertegur sapa. Malah bihun sering mempersendakan mee di depan umum, "Dasar si kuning gemuk... ingat orang suka sangat kat dialah tu!" hari-hari berlalu... namun mee buat derk aje dengan segala kerenah dan hinaan bihun.

Sehingga satu hari pekerja supermarket mengalih rak mee ke tempat lain. bihun gembira kerana tidak lagi melihat musuh tradisinya.

Hari berikutnya rak baru diletakkan di sebelah bihun, rak spaghetti. Bihun rasa marah dah berteriak; "Hoi, si kuning gemuk! jangan fikir ko buat teknik rebonding camtu aku tak kenal ko!!!"

Zaman Canggih

Tahun 2020. Namun masih ade gak org yg berfikiran kolot lagik. Kampung Semut Warna Warni.

"Bapak ape ni?.. ape semua ni.. Din cukup tak paham nganbapak ni.."

"Tak paham apa pulak Din.."

"Ni.. sape pompuan nih? Isteri baru bapak ke ni? Ya Allah.. mak baru je meninggal dah bapak kawin lain.."

"Ni bukan mak tiri kamulah.. Nama dia Ina..ape la kau Din.."

"Ya Allah... ni lagilah teruk.. bawak perempuan bukan muhrim duduk sekali ngan kita.. ape ni bapak?"

"Ya Allah ... Din.. ni pembantu rumah kita je.. apsal la kau ni berfikiran kolot sangat huh? tula bapak hantar kau ke sekolah dulu kau ponteng."

"Bapak.. walupun Din nih tak pandai.. tapi Din masih ingat agama lagi tau! Tak kira la dia ni pembantu rumah ke kalu bukan bini kita tak boleh! paham bapak? sudah lah!"

Malam tu...

Din mula ingin menyiasat latar belakang perempuan yang bernama Ina itu.

Apa nak jadik ngan bapak nih.. sanggup bawak balik pompuan yang entah dari mana demi ingin memuaskan nafsu... cis! Perempuan ni pulak lawa.. drpd bapak buat dosa lebih baik dia kahwinkan aku ngan pompuan ni je.. apela bapak ni..

Sedang Ina sedang bape kali sedang dah.. membancuh kopi si bapak Din tuh.. Din menghampirinya...

Dengan sepantas kilatDin menyelak rambut Ina dan terkejut akan satu kenyataan.

Huh! memang betul jangkaan aku.. ade paku kat leher dia ni... Aku dah agak pompuan ni pontia.."

Apalagi Din terus menangkap Ina dan mencabut paku tersebut..

"DAH!! PERGI KAU DARI RUMAH AKU PONTIANAK!!!




Sekali terkeluar wayar kat leher si Ina...

"Ya Allah ape ni Din... ingat murah ke robot pembantu rumah bapak beli tu hah?!! KOLOT!!!"

Lawak kahwin

Teruna : Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama
Dara : Apakah kau rela kalau aku pergi?

Teruna : Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Dara : Apakah kau mencintaiku?

Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Dara : Apakah kau pernah berlaku curang?

Teruna : Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Dara : Mahukah kau menciumku?

Teruna : Ya !
Dara : Sayangku.....!


Sesudah 5 tahun perkahwinan.....

Korang baca dari bawah keatas pulak.....heheh

LOGIK AKAL TAK BOLEH MENGATASI KUASA ALLAH

RENUNGAN UNTUK MANUSIA YANG MENGAGUNGKAN LOGIKA

Tidak semua perkara yang benar itu logik

Kisah 1: Seorang kafir (OK) berkata pada orang mukmin (OM) yang sedang berwudhuk:

OK : "Kenapa kamu wudhuk?
OM : "Aku tadi batal wudhuk sebab terkentut"
OK : " Aku heran, kamu kentut di belakang tapi kenapa kamu cuci muka, tangan, kepala dan kaki kamu? Kenapa kamu tidak cuci tempat yang keluar kentut?
OM : "Ini arahan Tuhanku, aku taat saja"
OK : "Jelas sekali agama kamu ini tidak benar. Arahannya tidak logik sama sekali"
OM : "Kebenaran itu tidak semestinya logik"
OK : " Apa buktinya?
OM : Yuk ikut aku

OM membawa OK ke sebuah pintu. Lalu OM memegang tangan OK, kemudian menyepit tangan OM dengan pintu itu. OK menjerit kesakitan.

OK: Aduh tangan aku sakit...tolong lepaskan tangan aku!
OM: Baiklah...inilah jawabanku: tangan kamu yang sakit, tapi kenapa mulut kamu yang menjerit.

OM pun meninggalkan OK yang bodoh sombong itu dalam kesakitan... .

Tidak semua perkara yang logik itu benar

Kisah2: Seorang kafir (OK) berkata kepada orang mukmin (OM)

OK: Tuhan kamu sungguh tidak adil
OM: Kenapa?
OK: Tuhan kamu menghukum manusia dan syaitan yang jahat di dalam neraka yang terbuat dari api. Tentu saja manusia tersiksa tapi syaitan enak saja.
OM: Kenapa begitu?
OK: Yalah...manusia dicipta dari tanah, kalau dibakar dengan api hangus, sakitlah. Tapi syaitan dicipta dari api, kalau dibakar dengan api relaks lah....tdk terasa apa-apa....
OM: Tidak begitu. Tuhan aku kata, mereka semua akan tersiksa...
OK: Ah...tdk mungkin. Logiknya manusia saja yg tersiksa, syaitan tidak

OM diam sebentar, lalu dia meninggalkan OK.
Beberapa waktu kemudian OM datang lagi dengan membawa sebongkah tanah keras dan melemparnya tepat ke dahi OK. Dahi OK luka berlumuran darah. Kemudian dia membawa OM menghadap seorang hakim. Setelah mendengar cerita dari kedua belah pihak ttg kejadian itu, maka hakim bertanya pada OM

Hakim: mengapa kamu lempar OK begitu?
OM : Maaf Tuan Hakim, OK mengatakan bahwa Tuhan tidak adil kerana menghukum manusia dan syaitan yang jahat di dalam neraka yang terbuat dari api. Tentu saja manusia tersiksa tapi syaitan enak saja sbb syaitan dicipta dari api. Logiknya memang begitu, tapi itu tidak benar. TIDAK SEMUA YANG LOGIK ITU BENAR Sebagai buktinya saya lempar dia dengan tanah. Logiknya OK, manusia yg dicipta dari tanah kalau dilempar dengan tanah tidak sakit, bukan? Tapi buktinya OK luka dan sakit. Saya tidak bermaksud menyakitinya, saya hanya mau menjawab pertanyaannya.


Renungan kepada para pengagum Albert Einstein, Bill Gates, para saintis, filosof dan yang sejenis dengannya

Kalau begitu, siapakah sebenarnya manusia yang paling cerdik? Einstein, dll yang kafir atau orang mukmin (walaupun dia hanya tukang kebun)?